BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, April 18, 2014

CARA CARA UNTUK MELUPAKAN SESEORANG

Assalamualaikum dan hai .

Sebelum tu, nak cakap yang saya sebenarnya tengah dalam proses nak lupakan seseorang... Bukan pakwe, boyfriend, teman lelaki atau yang seangkatan dengannya. Jauh sekali suami. No no no ~ No couple no trouble no doser. Cuma dia tu seseorang yang telah membuatkan diri ini sentap. Bukan sesiapa. Tak perlu tahu. Okay abaikan orang tu. =..=

So, tanpa melengah-lengahkan masa, kita teruskan diskusi kita pada hari ini. Topik yang agak hangat lagi hangit lagi tengik lagi menarik dan tertarik teh tarik ~ Amboi siap berlagu tu .

Dan topik tu ialah…

CARA-CARA UNTUK MELUPAKAN SESEORANG….


Terkejut tak ? terkejut tak ? ( padahal sudah terang lagi bersuluh dinyatakan tajuk tu kat atas )

Saja nak ulang tayang tajuk. Jangan dengki. Tak baik.

Mukadimahnya….pernah tak korang alami sindrom teringat kat orang yang sama ? Masalahnya orang tu dah la tak hensem / cantik , menyakitkan hati pulak tu…Ish ish ish. Cubaan betul..

Saya di sini bukan nak pupuk sifat dendam dalam diri pembaca-pembaca yang comel sekalian…   
( cewahh ramai betul pembaca kononnya ) . Hoho . Tapi kadang-kadang otak kita asyik terfikir kat orang tu .. Tak kisah la siapa .. Dan perkara tu mengganggu kita .. Sebab kita memang tak puas hati dengan orang tu .. So di sinilah perlunya tips-tips untuk melupakan orang tu…Haaa.. Nampak tak relevennya kat situ ?? Melupakan dalam masa yang sama memaafkan .. Chill~ ^^

Harap membantu lerr serba sedikit :)

TIPS #1 – CARI KAWAN

Elakkan laa dok sorang-sorang .. cakap sorang-sorang .. konon feeling laa .. Hehehe .. Cer try cari kawan buat berbual .. Kalau boleh yang happening ah .. Nak cari Musfirah pun boleh , tarak hal . Ehh ? -.-‘ ( Trut trut )

TIPS #2 – CARI MAKAN


Makan .. Fuhh nikmat tu .. lupa segalanya .. Pastikan cari makanan fevret korang .. Sambil tu tengok ahh TV .. Cari channel best-best .. Cuma tips ni tak boleh digunapakai sangat .. Mana boleh makan 24 jam .. Heshh berat tu .. Bertambahlah lapisan fatty acid dan glycerol dalam adipose tissue korang .. Timbul pulak masalah baru .. Tak pasal-pasal kena post tips kuruskan badan pulak kat blog ni .. Hee ..


TIPS #3 – HOBI

Cuba buat selalu perkara yang korang betul-betul suka .. Nak best cari hobi baru .. Praktikkan laa hobi tu . Otak ceria , dia dilupakan .. Tercapai misi .

TIPS #4 – BLOCK ORANG TU


Mungkin kedengaran agak kejam , tapi kalau dah memang tahap kritikal badak tu block je la orang tu kat fb .. Jangan lupa pulak unblock lepas dah selesai masalah .. Ingat tu .. Jangan berdendam .. Tak baik untuk kesihatan dan kecomelan .

TIPS #5 – SAY BYEBYE TU HANDPHONE


Ni kalau kes si dia yang nak dilupakan tu selalu contact korang ahh .. Senang cerita off je phone korang .. Tapi macam mana nak contact orang lain ???

Takleh pakai la tips ni .. Ape daaa

TIPS #6 – BERSOSIAL


Bersosial ??? Jeng3 -.- Bukan bersosial pergi disko yee .. Tapi bersosial dalam konteks bergaul dengan orang sekeliling , tanpa melupakan batas-batas pergaulan .. Pergi hang out dengan kawan-kawan laa…shopping ke…pergi pantai ke…naik bukit ke…panjat gunung ke…terjun bangunan ke….Hahaha .. Jangan3 ..

Atau pun , bersosial kat facebook , twitter etc.. Ralit ahh .. Lupa segalanya .. Jangan lupa perkara fardhu pulak .. Kepada yang belum habis SPM , study rajin-rajin … Tak boleh online banyak sangat .. ( Boo padan muka ~ kita dah habis SPM .. Haha )

#universitimenanti ( lagi payah baii )

TIPS #7 – CARI KERJA


Sibukkan diri anda .. Cari kerja .. cari komitmen .. yang tak habis belajar lagi tu belajarlah rajin-rajin .. Tak perlu pun bebankan fikiran dengan perkara-perkara yang tak penting .. Contohnya couple .. Atau ingat kat sesiapa yang buatkan korang rasa tak puas hati .. Akibatnya sendiri jugak yang merana .


 TIPS #8 - CARI SAHABAT


Kalau tadi cari kawan .. Nak lagi berkesan cari sahabat .. Yang ada time korang susah dan senang .. Yang boleh buatkan korang happy ..

Rindu sahabat aku :(

TIPS #9 - MEMAAFKAN


Manusia memang tak lari dari buat silap .. Maafkan la orang tu .. Teruskan hidup macam biasa .. Tapi kalau orang tu tak buat silap pun ,, tapi kita dok teringat je kat orang tu .. Haaa .. Something wrong tu .. Hehe .. Tu kena tanya doktor cinta lahh . Tapi kalau sama jantina ?? Hahaha mintak dijauhkan =..=

TIPS #10 – TAK PAYAH LA LUPA


Kalau tak berkesan jugak tips-tips kat atas ni .. tak payah la lupakan orang tu .. Buat apa nak lupa .. Kawan jelah macam biasa .. Selalu-selalu tegur .. Then kita akan terbiasa .. Maka takdelah otak terbeban asyik terfikir pasal orang tu ..

Kesimpulannya , janganlah sombong sesama manusia .. Tak comel xP .. Pesanan untuk diri dan kawan-kawan .. Sekian :D



Maaf andai terkasar bahasa -.-‘
Thanks for reading :))






Wednesday, April 16, 2014

. . .

I've read your blog.
Thank you.

But still sentap.
#moodmerajuk

You're evil.
evil goat.

:P


SENTAP.

Post ni bukan untuk ditujukan kepada semua.
Saya cuma nak tujukan post ni kepada seseorang.
Seseorang yang gedik.
Gedik deactivate facebook.
Gedik privatekan blog.
Dan gedik buat-buat merajuk.
Taktau sama ada buat-buat atau betul-betul
Hmmm...

Sesiapa yang terasa ,
Just want you to know that,
I'm sorry.
Bukan tak nak kau call aku.
Just tak nak kau habis kredit....
Dah dah.
Tak payah merajuk lagi.

Sahabatmu Mushy :(


Saturday, April 12, 2014

Fenomena tergelak sorang sorang

Tadi...

Entah kenapa .

Tangan ni terasa gedik je nak tekan post-post lama .

Saja nak baca balik .

Post waktu zaman-zaman kegemilangan remaja dulu .

Hahaha . Sekarang masih remaja okayy . xD

Cuma dulu. . . . .

( effect flashback macam dalam tv sambil mata pandang ke atas )

Dulu....waktu form 1 2 3 dulu dulu

Entah . Tak matured langsung .

Hahaha .

Macam ketua kanak kanak ribena .

Rasa nak gelak sambil ketuk ketuk kepala bila baca post-post lama .

Agak menjengkelkan . Tapi kelakar .

Semua benda nak cerita dalam blog .

Hahaha .

Merepek-repek pulak tu .

Okay tu je .

Jangan bukak pulak post post lama aku . =..=

Bye :3

Thanks for reading :))

Wednesday, April 9, 2014

SPM : Eksklusif ! Tips belajar daripada budak tak pandai xP

Assalamualaikum dan Salam Wednesday ^^ ( maaf kalau tersilap hari . hentam je hoho )

Pada hari ni , saya nak berkongsi cara belajar saya sepanjang 2 tahun menjadi pelajar sester . Diingatkan di sini bahawa tips-tips yang saya nak share ni tak semestinya sesuai untuk semua orang , tapi saya cuma nak berkongsi ilmu dan pengalaman ^^ . Harap berguna untuk adik adik yang bakal menghadapi SPM :))

Persoalan pertama . Result SPM Musfirah ????

Hahaha . result aku ? Adalah ;) .. Alhamdulillah ^^

Persolan kedua . Efektif ke tips yang nak dikongsi ni ??

Entah , harap harap membantu :)) Mungkin kurang efektif kot sebab saya tak lah begitu pandai macam sesetengah yang dapat stret A plus tu .. Just nak berkongsi kepada junior junior yang comel comel di luar sana . Cewahhh .

Baiklah ... nampaknya semua dah tak sabar sabar nak tau cara belajar princess ni . Hahaha . Okay ... kita mulakan operasi kita sekarang xD

TIPS 1 : 

Subjek : AddMath

ADDITIONAL MATHEMATICS .. Satu subjek yang sangat mencabar ... tapi best :) 
Masih ingat lagi markah Addmath ku masa first first exam dulu . dengan bangganya saya umumkan :

38...

HAHA . Tak failed tapi agak kurang asam di situ . Jauh dari separuh . Ish ish ish . Hahaha . Lekk je .

Addmath aku macam entah pape sikit laa . Sekali je A masa form four . Tu pun atas tong 70 . Dapat A sebab masa tu August Test and topik-topik yang keluar masa test tu ialah topik yang aku suka :) Tapi masa exam akhir tahun aku dapat C . C for Comel . Comel kan result aku ? Geram tak ? Ada rasa rasa nak cubit tak ??? Hahahaha . Main main banyak masa form four dulu ..

Tapi kalau nak dibandingkan dengan subjek lain , subjek lain better sikit laa . Tu yang tiba tiba masa streaming tersesat kat kelas nombor satu .. Walaupun C Addmath . Sebab kalau kat sekolah aku ni , subjek addmath ni macam subjek dewa laa . Hahaha . Maksud aku , addmath ni seolah-olah priority kami . Budak kelas pertama pun hampir semua A addmath . Tersesat aku C . Terasa diri ini amat kecik waktu tu .

Anjakan paradigma bermula sewaktu awal tahun form 5 . Belum apa apa , awal awal lagi cikgu Addmath sester yang mengajar kelas aku nak jumpa aku kat bilik guru . Pergghh . Seram tapi benar .

Kat bilik guru tu , memang perghh ahh . Kena ceramah motivasi habis ahh . Sebab cikgu tu memang teramat sangat lah komited terhadap pelajarnya . Strict habis . Mungkin sebab tu kot prestasi subjek Add Math kat sester ni agak memberangsangkan kalau nak dibandingkan dengan subjek-subjek elektif yang lain . Berbalik kepada cerita tadi , lepas je jumpa cikgu tu , terus aku rasa agak down . Down in a positive way . Sebab cikgu tu siap membanding-bandingkan lagi result addmath aku dengan bebudak lain dalam kelas aku . Sentap sekejap . 

Lepas daripada saat tu , aku macam tekad ah nak berubah . Tapi malangnya , dalam kelas pun aku macam masuk tak masuk je input yang cikgu ajar .. Tak tau sama ada cikgu ajar laju sangat ke atau aku yang pending sangat .. 

TAPI....Aku kuatkan semangat . Aku nak buktikan kat kawan kawan aku yang aku pun boleh A . Aku nak buat cikgu bangga dengan aku . ( ayat skema habis ) . lol . So , walaupun aku tak berapa nak faham apa yang cikgu ajar , aku kuatkan semangat .. and aku :

#1 : TANYA KAWAN KAWAN 


Satu advantage la dikelilingi kawan kawan yang pandai ni . Yang A+ , markah 90 ke atas . Yang 99 pun ada.. Kebetulan pulak aku kamcing dengan budak yang 99 tu . Memang menjadi sasaran aku la untuk bertanyakan soalan-soalan addmath ni . Aku tanya sampai aku betul betul faham . Selagi aku tak faham , selagi tu aku akan round satu sekolah untuk tanya orang sampai aku jadi faham . Hahaha . Melampau kan . But it works :) Betul la , dengan kawan kawan lebih santai . nak tanya pun senang . And walaupun soalan tu macam senang , aku tanya jugak . Ketepikan dulu rasa malu tu , yang penting FAHAM :)

#2 : BUAT LATIHAN BANYAKBANYAKBANYAK

Lepas je kena brainwash dengan cikgu , hambek kauu....siap dengan homework extra cikgu bagi aku . Hahaha . Bertambah laa kerja hostel aku . Huhuhu . Tak cukup dengan tu , aku buat buku kerja yang topikal . Aku fokuskan topik-topik yang aku still lemah . Buat buku soalan SPM past years.... Macam biasa , kalau tak faham tanya kawan kawan . Kena banyak buat latihan laa... Tu yang PALING PENTING ~!

#3 : MOTIVASI

Motivasi ni amat penting la . Berkat kena panggil dengan cikgu , ditambah lagi dengan perasaan malu sebab markah tak setanding dengan kawan kawan , aku menjadi makin bermotivasi ... membakar-bakar la api semangat dalam diri aku .. hahaha . okay lebih dah tu .. Tapi semangat ni la yang membuatkan aku terus berusaha .. 

#4 : TETAPKAN MUSUH

Bukan itu sahaja , aku targetkan beberapa orang menjadi musuh aku .. Bukan musuh buat bertumbuk tu , tapi musuh untuk aku beat markah addmath diorang .. Hehehe .. 

#5 : TETAPKAN TARGET

Untuk exam , aku akan letak satu target markah .. Aku tulis dalam buku .. Bukan tu je , aku sentiasa tulis luahan perasaan dan kata-kata semangat dalam buku tu .. Jadi setiap kali aku rasa down atau malas , aku akan baca apa yang aku tulis tu . Sedikit sebanyak membantu jugak lah :D

Kesimpulan untuk subjek Addmath ni , Alhamdulillah ... exam awal tahun tu aku dapat B . Tak ingat berapa . Then lepas tu naik sikit jadi 66 . Still B but B+ . Lepas tu naik jadi 77 . Tak silap aku laa....Then at last naik jadi 80 something masa trial . Tak silap 86 . Alhamdulillah...Berkat pertolongan kawan-kawan and hentaman cikgu aku . Hahaha . Perasaan aku sangat gembira dan terharu ... sebab sejujurnya sebelum ni aku selalu menangis sebab rasa diri ni tak pandai addmath .. Susah laa , itu laa ... But then , bila dah faham , rupa-rupanya tak susah pun addmath :) Percayalah .. And addmath became one of my fav subject ^^ .

Sebelum SPM tu , aku study betul-betul laa .. Buat khatamkan past years and fokuskan topik yang belum mahir lagi .. And alhamdulillah i got A+ for SPM :))

subjek yang lain dirahsiakan dulu . hoho


Panjangnya ... tak terkata....baru satu subjek .. Fuhhh ... Hahahaha .. Terlalu banyak yang ingin dikongsi .. Takpetakpe....nantikan tips untuk subjek-subjek seterusnya pada episod yang akan datang :) Taknak sambung terus , nanti jadi berjela-jela panjangnya . Kalah karangan SPM . Ish ish ish ... Ok sekian :))

Thanks for reading :)




Tuesday, April 8, 2014

apabila manusia BERUBAH

Assalamualaikum :))

Perasan tak header blog ni ? Agak-agak menyampah tak ???


Lepas tu nampak tak perkataan princess ?? mana mana ada princess....princess sana , princess sini.... agak agak nak muntah tak ???

Hahahaha... Sebenarnya salasilah wujudnya perkataan princess tu masa zaman zaman PMR dulu.... Gelak gelak je bila teringat zaman sekolah dulu....lagi lagi masa menengah rendah...tak matured langsung.....bajet princess laa kononnya . hahahaha . tapi berlakon je tu . saja nak jadi bengong bengong dengan kawan sekolah dulu . lol .

But now , semua tu tinggal kenangan :))

Sebenarnya niat dah lama dah nak ubah header blog ni , macam kelakar je . Tak matang langsung . ( ecececeyy....macam matang sangat je sekarang pun ) . Tapi malangnya...... rasa macam malas tahap kambhing nak edit blog ni..... lantak lahh 'princess' pun . 'tak matang' pun . hahahaha . janji bahagia :P

Jadi.....kesimpulannya.....saya memang pemalas . ( yeayyy ~ tepuk tangan ~ ) okay tu kesimpulan minor . kesimpulan major di sini ialah , seiring dengan masa , manusia berubah :)) but apapun , just be yourself ^^

dah kenapa pulakk berminormajor bagai . tetiba terselit ayat addmath di situ . lol xD

okay lahh...sekian sahaja dari "princess" ~

Thanks for reading :D





Sunday, April 6, 2014

KAMCING



Assalamualaikum.

Hai.

Rasa macam dah lama sangat tak update blog.

Entah.

Kadang-kadang tu rasa macam malas nak update. Faktor kekangan idea, ditambah lagi dengan kemalasan tahap dewa  ni, maka terbiarlah blog aku sepi macam ni. Ditemani bunyi-bunyian cengkerik belakang rumah. Disahut dengan suara kucing dan kambing. Silih berganti. Maka lembu pun menguak dan ayam berkokok menandakan masuknya waktu subuh. Haha. Okay mengarut =..= . Rasa macam best pulak cakap merepek macam ni. Hoho.

Tapi kan tapi kann , entah mengapa dalam otak merah jambu aku ni seolah-olah bergema suara-suara sumbang yang menghalang aku daripada terus menekan papan kekunci ni untuk mengemaskini blog aku yang dah berhabuk ni.

Yeah ! dah lama tak cakap mengarut macam ni. Hahaha. Nampak tak tak betulnya kat situ? Rasanya kepala masuk air kot. Ayat dah macam pesakit yang baru terlepas dari Hospital Bahagia . Okay, abaikan . Kita sambung perbincangan kita :)

Hmm….nak cakap pasal apa harini ???

Pasal result SPM aku ??? Hehe. Dah lapuk dah kot nak cerita pasal tu. Lagipun aku tak berapa nak suka share result dengan orang ni. Unless kalau ada orang tanya, baru aku jawab. But Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan result SPM aku :))

Jadi…nak berkongsi ilmu ??? Hahaha. Memang kalau usha balik, blog aku ni agak kurang berilmiah ahh. Tak sesuai dibaca oleh insan-insan berkaliber dan matang. Entah, rasa macam tak matang langsung penulisan aku ni. Hehe. Aku tulis blog ni just for fun. Cuma sesekali ada gak ah perkongsian ilmu. Cuma tak banyak.

So….disebabkan aku belum cukup berwawasan lagi nak menjadikan post-post blog aku ni lebih berilmiah dengan input-input berguna, rasanya lebih baik aku stop kat sini dulu. Ni lah jadinya kalau tak tau nak taip pasal apa. Aku update ni pun sebab kawan baik aku yang suruh update. Hahaha. Hai kawan baik~ kau baca tak post ni ??? Dengar tak apa yang aku cakap ni ? Post ni special sebab kau. Cewahh.

Nak tau tak sape kawan baik aku tu ? Hehe. Tak perlu tau kot. Dia tu hotstuff kot , aku takut ramai je yang nak mengorat dia. Tak pasal-pasal ramai pulaaak pengunjung blog aku nanti. Biarlah aku rahsiakan je identiti dia. Hehehe. Okay, aku tak bagitau nama sebenar, aku just bgtau nama samaran dia je, which is......

 KAMBHING.  ( H ditambah kononnya sebab tak nak samakan dengan binatang )

Dia pulak panggil aku :

KUCHING. Hahaha. Sebab aku suka kucing xD

Sweet tak sweet tak ? Haha . Mengarut je . Tapi sesuai laa panggilan kambhing dengan dia. Sebab dia selalu cakap Lekkk….asyik-asyik Lekkk. Balik-balik Lekkk. Trademark dia. Dah macam Mbekkk je aku dengar. Lol. Apapun , kami buddiez takkan terpisah xD . Sebab Kambhing + Kuching , akan terhasillah perkataan KAMCING :D . Hahaha. Nampak tak permainan dia kat situ ? Terhasil satu formula baru . Yeay ~

HAHAHA . kamcing tak ???


Thanks for reading :))

Tuesday, March 4, 2014

kuasa merah jambu .

kenapa aku suka sangat warna pink ni ???
entah laa...
warna pink ni ada aura tersendiri kot...
kalau letak warna pink among warna-warna lain ,
mesti nampak pink dulu...
tapi ,
kadang2 tu warna purple ngan turquoise pun lawa :)
merah pun , sebab menyerlah :)
depends on barang tu laa....
tapi mostly mesti nampak pink dulu...
hehehe
yang pastinya ,
jarang aku nak nampak warna kuning....
tak suka warna kuning...>.<
 
 
tapi pernah satu hari ni...
aku masuk satu chess tournament ni....
kat UITM Machang...
baru je...tahun ni , 1 Mac
then ditakdirkanlah ,
first round tu ,
lawan sorang gegerl ni....
form 4 tak silap....
nak dijadikan cerita ,
gegerl ni pakai pink dari atas saaaampai bawah...
hahaha
bayangkanlah.....
tudung pink ,
baju kurung pink ,
beg pink....
aku tak sampai lagi la tahap advance macam tu....
tak kisah lah tu kan ,
apepun ,
aku ,
semangat membara ni..
nak menang...
first round , mesti la nak menang kan ,
memang pantang la kalau kalah main chess ni....
tapi.......
nasib tak menyebelahi.....
kalah jugak sebab tersilap step....
akibat time pressure.......
target nak menang kot mase tu....
memang frust r......T-T
serius...
nak kata frust sangat tu...
sampai tahap rasa benci tengok warna pink...
hahaha....
yelahh...
opponent tadi kan serba pink...
so aku mula rasa tak suka pink tau time tu.....
tak leh blah je kann.......hahaha
nak buat camne...frust gila time tu..
dah la time tu kebetulan aku pakai pink...
rasa sedih je.
hahaha.....apelaa....
but then ,
lama-lama tu.....
okay jee....
jadi normal balik.....
still setia dengan kaler pink ni....
tapi tu lah nak cakap ,
bila-bila masa je ,
interest seseorang tu boleh berubah kan ?
tapi sampai sekarang pink tetap nombor satu ,
dalam list warna kegemaran aku...
insiden baru ni...
belum cukup lagi untuk menggugat minat aku yang mendalam..
terhadap warna merah jambu ni...
tapi tak tahu la akan datang macam mana....
hmmm...
tamat ! :)





teringin nak ada kereta warna pink....Ferrari pon jadi....hehehehe



Monday, February 3, 2014

melukis.

bermulanya minat aku melukis sejak aku tahu memegang sebatang pensil dan mengetahui fungsi kertas masa kecik-kecik dulu. Namun, fungsi kertas disalahgunakan apabila aku menconteng buku-buku cerita dan buku-buku pelajaran kat rumah. Sampai sekarang, aku still dengan hobi aku iaitu melukis, walaupun tak berapa nak pandai sangat pun...


Kenapa best sangat melukis ? release tension mungkin. satu lagi, kita bebas meluahkan apa-apa. Bebas untuk mencorakkan hala tuju sesebuah lukisan tu. Kadang-kadang tu seronok juga melukis. Sedar-sedar, dah terconteng buku teks masa cikgu mengajar kat depan..*hahaha kantoi

Sementara kebosanan menunggu result SPM, ni lah pekerjaan aku kat rumah : 




hehe. lukisan aku biasa-biasa je. aku kagum gila laa kalau tengok orang yang pandai melukis ni, contohnya, senior aku, abang wazif...ni salah satu lukisan dia yang awesome giler ! 


scha al-yahya !



cantik kan ? hahaha. aku memang admire gile lukisan-lukisan abang wazif ni. bapak cool ! aku takkan jadi sepandai dia bab-bab melukis ni, tapi aku tetap akan teruskan melukis atas dasar minat, tak lebih dari tu :D

nak share tu jee....hehe....kbye , assalamualaikum...thanks for reading :)


Thursday, January 30, 2014

gurau je....chill...

hahaha post kali ni sangat pendek...

tujuan cume nak bersihkan blog ni pada hari jumaat yang mulia ni laa *eceyyy...

cume nak bagitau ,

sebarang post-post yang berbaur kutukan atau post-post yang kepelikan ,
contohnya ade orang tu digelar poyo ke...ape ke...*hahaha mohon terasa kepada yang terkena

semua tu hanya gurauan semata-mata.....eaahhh....:)

jangan diambil serius ^^

minta maaf kalau terasa....*baik tak saya ? haha

okayy...tu je......

bai ! assalamualaikum .
heee



Tuesday, January 28, 2014

jom berkenalan dengan budak poyo ni !

haishh...malasnye nak update blog -.- .....lain laaa dengan sorang budak poyo ni , selalu sangat update blog dia....poyo kan ? macam perasan bagus hahahaha....*gurau je mohon terasa

hmm..al-kisahnya , nak dijadikan cerita , aku ditegur oleh seorang makhluk yang mendakwa diriku pencinta kucing . kejadian ni berlaku akhir tahun lepas , lokasinya , kat sebuah wilayah yang semua orang menggelarnya , FACEBOOK . =.=

dan di situ bermulalah kisah aku dengan budak poyo ni....kenapa aku panggil dia poyo ??? satu , sebab dia poyo ... kedua , sebab dia memang poyo . ketiga ??? hahaha jawablah seniri , semua org dah sedia maklum . plus , dia gedik . hahahaha .

dia merupakan PKR(penolong ketua rumah) hijau berjaya kat SDAR , abang kepada kawan aku , anak kepada kawan ayah aku , bapak kepada bapak kepada bapak angkat aku , okayy , yang last sekali tu aku reka . -.-' ( yeayy...jom gelak ramai-ramai )

poyo dan perasan comel :P


dan terserlahlah ke'poyo'an nye , apabila satu hari tu dia suruh tulis pasal dia kat blog aku....hahahaha poyo kan ?? gedik tahap dewa . hmm , gedik-gedik sangat nak mintak , ni aku bagi....hambek kaww...muahaha ( evil laugh )

pfftttt terpaksa la aku menaip pasal budak poyo ni....hahaha jangan risau , ikhlas bukan terpaksa , walaupun dipaksa...tapi sebenarnya , budak ni yang terlebih dahulu post kat blog dia pasal aku . special tau , first posting dlm blog dia tu pasal aku , hahaha....tapi tapi , bukan sebab aku ni someone special ke ape , sebabnya , aku lah punca dia terjebak dlm dunia blogging ni.....aku yg request dia buat blog....last last wujudlah satu blog ni , haaa tuan-tuan dan puan-puan boleh la klik kat bawah ni , untuk berkenalan dengan makhluk yang aku maksudkan ni :

http://tukangkarutberceloteh.blogspot.com/2014/01/mushy-mushy-mushy-mushy.html

tu lah die , satu post pasal aku yang aku maksudkan....

dan harini , tercapai laa impian dia nak aku post pasal dia kat blog aku
.....tahniah =.="

hmm...tapi ironinya , dia ni tak suka kucing , aku pulak pencinta kucing....tapi yang pastinya , persamaan kiteorg , dua-dua minat PINK !!! hahahaha....


dah laa...malas nak cerita panjang-panjang . tahniah , ni aku dah post pasal kau , sorry aku tak letak nama pun . hahaha . lekkkk        ( tagline budak poyo ) .
 

tapi aku nak gak letak nama kau . 

TEMOK !!!

hahahaha ! tapi kesimpulannya , dia bukan sesiapa laa , cuma kenalan , cakap pun xpernah . tapi dia spesis banyak cakap gak r dalam fb . aku suke dgar die berceloteh pasal skolah die , pasal korea , kucing , and macam2 lahh....kire sekepale gak ahh...die pon bru lpas spm sme ngan aku . haha tu je . bai !


assalamualaikum.....thanks for reading .

Friday, January 17, 2014

apa aku akan jadi 10 tahun akan datang ?

hmm...tajuk yang agak ambitious ,
apa yang aku akan jadi 10 tahun akan datang ??
baiklah..
tu pun klau dipanjangkan umur ,
yg pastinya , aku nak jd musfirah laa..
tu sudah pasti lah -.-
tak perlu diperkotak-katikkan lagi ,
tp to be more specific , 
mksud aku ,
CITA-CITA aku....
adakah menjadi suri rumah sepenuh masa ?
hahaha jawapan kepada persoalan di atas ,
sudah tentu tidak.....
TIDAK dan TIDAK LAYAK..
aku bukan anak misali atau isteri solehah , 
hahaha statement tak boleh blah ,

ehh nampaknya ada seseorang nak interview aku !!! ( tetibeee )
hahahaha layannn......( syok sendiri layannn =.=" )

stranger : ehh anda cik musfirah daripada blog kopilolipop yang tak laku tu kann ?? ( muka excited )

aku : ( muka blur ) ehh ye , yee...kenapa ???

stranger : macam ni , memandangkan cik musfirah ni dah habis SPM , dan tengah tunggu result , apa yang cik nak buat ? course ape yang cik nak ambil ? bila cik nak kahwin ??

aku : ( dalam hati : amboi kahwin ?? hahahaha no way ! ) errr.....hah ?? boleh tanye satu-satu tak ? ok , ok , ....kalau soal course ni , ikut minat memang nak amek medik je , tapi lepas dh fikir masak-masak , memang tak nak kot.....

stranger : kenapa berubah fikiran ?

aku : memang tak laa nak bagi komitmen untuk belajar bertahun-tahun , dan sibuk memanjang untuk kerja , stress je....spm pon dah stress , apatah lagi nak amek medik..haha lagipun saya ni ulat pon takut , lagi mengerikan , labah-labah...errr tak nak lah jadi doktor ! dah la nyawa yang jadi pertaruhan , saya tak sanggup laa....tapi amek medik tak semestinya jadi doktor kan ?? ahh ape-ape jelah , yang pastinya , cancel amek medik !

stranger : dah tu nak amek course ape ?? ape yang cik minat ? engineering ??

aku : hahaha engineering ?? tak , tak , tak......tak minat ! entahlah , tak fikir betul lagi laa....pening jugak , tengok lah apa nak jadi....kalau ikut subjek spm dulu , memang minat biology , fizik dan kimia ni kurang minat laa....

stranger : ohh....ok lah kalau macam tu , senang cik cakap je nak jadi apa !

aku : hmmm....( berfikir tiga saat ) ahh ! nak jadi ape ? sebenarnya , saya bukan macam sesetengah insan yang lain yang ada cita-cita tetap , dan tekad dengan cita-cita beliau tu , saya tak pernah ada cita-cita yang betul-betul saya yakin , lalu berkata : "hah ! dah tahu dah nak jadi apa !!!".......belum lagi , setakat ni masih tercari-cari lagi. tapi , kalau terfikir nak jadi apa , memang banyak , ( tarik nafas ) ....salah satunya.......
 trutt truut balik semula kepada mood karangan....
pensyarah ! sebab ?? sebab at least dah tahu jadi pensyarah ni life macam mana....berdasarkan pemerhatian la , my parents.....dan kerja jadi pensyarah ni macam relax laa...kot...entah !

kedua ?? hahaha.....sebenarnya saya sangat minat isu-isu alam sekitar ni.....saya sangat sukakan binatang dan alam sekitar.....dan saya benci orang yang menyumbang kepada kerosakan alam sekitar , contohnya buang sampah , open burning dan sebagainyalah.....jadi pernah laa terfikir nak jadi ahli ekologi , ( kalau wujud , wujud kot =.=" ) , tak pun apa-apa yang sewaktu dengannya , tapi masalahnya saya jarang jumpa , atau lebih tepat lagi tak pernah jumpa orang yang kerja macam tu , dan tak tahu pun kerja tu macam mana , so tak tahu lah....

ketiga ???? hmm.....saya memang minat tentang penyakit-penyakit ni , belajar pasal our body , proses-proses bla bla bla ni , sebab menarik la ! sejak kecik lagi sebenarnya saya dah minat....kire time sekolah memang minat bio laa....tapi , saya tak nak jadi doktor ! so maybe nak jadi apa ye ??? tu laa , tak tahu....

keempat ?? haha nak bukak bisnes ??? pernah terfikir....sebab ? sebab dapat banyak duit !! hahahaha macam seronok je.....materealistik tak ? mana laa tahu kan kalau ada rezeki boleh laa buat business online melalui blog ni.....hahahaha masyukk......

kelima ? nak jadi cikgu sekolah menengah kot.....haha sebab saya sangat suka sekolah....tak tahu kenapa...

keenam ?? pernah jugak masa kecik-kecik dulu berangan nak jadi fashion designer wakaka.....sebab suke lukis orang dan fesyen2 walaupunn tak pandai......tapi sekarang tak terfikir pon nak jadi fashion designer ni , haha dulu2 tak matured , tahu ape.

ketujuhh ??? doktor haiwan ! sebab suke kucing dan sedih bile kucing mati....tapi cancel nak jadi doktor haiwan sebab geli dengan spider , ulat dan yang sewaktu dengannya....huhuhu

kelapan ???? ( amboi , banyaknye ) nak jadi pengurus restoran !!!! sebab macam seronok je , kan3 ??? nak hias restoran lawa2 , letak nama restoran tu ikut suke hati.....xkisah lah , pinkalicious ke , mushi sushi ke , hahaha......

kesembilan ??? ( lagi??? O.O ) nak jadi internal designer...! sebab pekerjaan ni pon mcm menarik...dan saya boleh dikatakankan minat jugaklahh menghias... :P

kesepuluh , dan terakhir ( fuhh..akhirnya =.=" ) saya nak jadi penyanyi !!! betul !! hahaha kene tipuu !! mane ade :P lawak tak ?? gelaklah , gelaklaa !! ( ok , tak jadi -.- )

hahaha banyak kan ?? kesimpulannya , bual bicara kat atas hanyalah rekaan semata-mata dan harap boleh diterima akal , huahuahua rasa macam orang gila pulakk , best jugak , cubalah sendiri :P
kesimpulan yang sebenar-benarnya , apa yang penting sebenarnya dalam setiap pekerjaan tu mesti ade minat, tak gune gaji tinggi melangit kalau minat tu takde , hidup xbahagia....and one more !! interview tu mmg penting , xkisah la utk apply scholar or kerja , seriuss ( eceyy mcm la ade pengalaman )...tp interview tu la yg aku risau , haha bab2 ni la yg xbrpe nk pandai sgt , mmg akan jd parkinson la kott xD

dah , terpanjang pulak ,baii !! :) assalamualaikum ! btw tenkss a lot for reading , klau ade , :D

haha nak jadi photographer lakkk :P




Wednesday, January 8, 2014

5 sebab kenapa saya update blog

hahahaha....kelakarnya mcm dh bertahun x update blog yg dh mcm muzium ni..
to be more accurate, actually dh berbulan laa aku x update blog ni
sebab aku malas , and honestly rasa macam SS....( syok sendiri )
hahaha seriously i thought no one yang baca ape yg aku karutkan dlm ni
kalau ade pon , org tu msti terkandas or tersesat dlm blog ni , or maybe ade org yg dh bosan sgt dengan hidup dia ,
and finally , end up reading my blog....( kisah yang agak sadis haha )
apepun ,
aku membuang tebiat meng-update blog yg dh berhabuk ni kerana satu sebab ,
sebabnye,
ok , meh aku nak cerita..

...

so, watak utama dalam cerita ni ,
ialah encik/puan unknown a.k.a lalalala a.k.a tak payah tau nama lah
al-kisah nye,
 nama seperti yg tertera di atas ni , ade post kat chat box blog aku ,
suruh aku update blog aku yg hodoh ni ,
dan atas dasar keprihatinan aku ( cewahh ==' )
aku pun update laahh blog aku....

the end.

...

itu je kisahnye...haha aku rse yg mintak aku update tu aku kenal kot sape....yg pasti orang tu mesti comel tp sakai....betul tak kau orgnye ??? klau btol please leave a feedback in my chat box :D

tahniah laa kau mesti bangge aku post entry ni sbb kau ,

apepon , itu salah satu sebab la knpe aku update blog aku....dan sebab tu jarang berlaku , sbb setahu aku xde lagi org yg meminta-minta aku update blog aku ni...lain la klau aku ni Fatin Liyana keee...irene nadia kee....haha . serious blog ni pun aku buat cume skadar suke-suke , tu pun lepas cikgu sekolah lame aku buat kelas komputer , so terjebaklah aku dlm dunia blogging ni.

cehh "dunia blogging"...haha mcm aku ni popular je.....:p

anyway , kadang2 best je syok sendiri dlm blog sendiri . xmenyusahkan hidup sesiapa dan tak jugak menyenangkan hidup sesiapa ...

mungkin cuma menghilangkan rasa bosan aku 

okay, back to the topic , sebab lain selain dari sebab kat atas ni kenapa aku update blog aku ???

2. sebab aku bosan !
3. sebab aku rasa nak share something
4. sebab aku nak luahkan perasaan aku dengan cara yang unik , iaitu berblogging
5. sebab aku suka menaip dan megedit lawa2 wlaupun xpandai

haha . ok xklakar pun tp aku gelak . ok aku tak gelak tp saje nk taip "haha" . jealous ?

krikk...krikk ~

ok enough -.-''

tu lah critenye......

dah lah .

baii !!! thanks a lot for reading ( kalau ade org bce la huahuahua appreciate sgt klau ade , tq )

assalamualaikum:)