BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 9, 2014

SPM : Eksklusif ! Tips belajar daripada budak tak pandai xP

Assalamualaikum dan Salam Wednesday ^^ ( maaf kalau tersilap hari . hentam je hoho )

Pada hari ni , saya nak berkongsi cara belajar saya sepanjang 2 tahun menjadi pelajar sester . Diingatkan di sini bahawa tips-tips yang saya nak share ni tak semestinya sesuai untuk semua orang , tapi saya cuma nak berkongsi ilmu dan pengalaman ^^ . Harap berguna untuk adik adik yang bakal menghadapi SPM :))

Persoalan pertama . Result SPM Musfirah ????

Hahaha . result aku ? Adalah ;) .. Alhamdulillah ^^

Persolan kedua . Efektif ke tips yang nak dikongsi ni ??

Entah , harap harap membantu :)) Mungkin kurang efektif kot sebab saya tak lah begitu pandai macam sesetengah yang dapat stret A plus tu .. Just nak berkongsi kepada junior junior yang comel comel di luar sana . Cewahhh .

Baiklah ... nampaknya semua dah tak sabar sabar nak tau cara belajar princess ni . Hahaha . Okay ... kita mulakan operasi kita sekarang xD

TIPS 1 : 

Subjek : AddMath

ADDITIONAL MATHEMATICS .. Satu subjek yang sangat mencabar ... tapi best :) 
Masih ingat lagi markah Addmath ku masa first first exam dulu . dengan bangganya saya umumkan :

38...

HAHA . Tak failed tapi agak kurang asam di situ . Jauh dari separuh . Ish ish ish . Hahaha . Lekk je .

Addmath aku macam entah pape sikit laa . Sekali je A masa form four . Tu pun atas tong 70 . Dapat A sebab masa tu August Test and topik-topik yang keluar masa test tu ialah topik yang aku suka :) Tapi masa exam akhir tahun aku dapat C . C for Comel . Comel kan result aku ? Geram tak ? Ada rasa rasa nak cubit tak ??? Hahahaha . Main main banyak masa form four dulu ..

Tapi kalau nak dibandingkan dengan subjek lain , subjek lain better sikit laa . Tu yang tiba tiba masa streaming tersesat kat kelas nombor satu .. Walaupun C Addmath . Sebab kalau kat sekolah aku ni , subjek addmath ni macam subjek dewa laa . Hahaha . Maksud aku , addmath ni seolah-olah priority kami . Budak kelas pertama pun hampir semua A addmath . Tersesat aku C . Terasa diri ini amat kecik waktu tu .

Anjakan paradigma bermula sewaktu awal tahun form 5 . Belum apa apa , awal awal lagi cikgu Addmath sester yang mengajar kelas aku nak jumpa aku kat bilik guru . Pergghh . Seram tapi benar .

Kat bilik guru tu , memang perghh ahh . Kena ceramah motivasi habis ahh . Sebab cikgu tu memang teramat sangat lah komited terhadap pelajarnya . Strict habis . Mungkin sebab tu kot prestasi subjek Add Math kat sester ni agak memberangsangkan kalau nak dibandingkan dengan subjek-subjek elektif yang lain . Berbalik kepada cerita tadi , lepas je jumpa cikgu tu , terus aku rasa agak down . Down in a positive way . Sebab cikgu tu siap membanding-bandingkan lagi result addmath aku dengan bebudak lain dalam kelas aku . Sentap sekejap . 

Lepas daripada saat tu , aku macam tekad ah nak berubah . Tapi malangnya , dalam kelas pun aku macam masuk tak masuk je input yang cikgu ajar .. Tak tau sama ada cikgu ajar laju sangat ke atau aku yang pending sangat .. 

TAPI....Aku kuatkan semangat . Aku nak buktikan kat kawan kawan aku yang aku pun boleh A . Aku nak buat cikgu bangga dengan aku . ( ayat skema habis ) . lol . So , walaupun aku tak berapa nak faham apa yang cikgu ajar , aku kuatkan semangat .. and aku :

#1 : TANYA KAWAN KAWAN 


Satu advantage la dikelilingi kawan kawan yang pandai ni . Yang A+ , markah 90 ke atas . Yang 99 pun ada.. Kebetulan pulak aku kamcing dengan budak yang 99 tu . Memang menjadi sasaran aku la untuk bertanyakan soalan-soalan addmath ni . Aku tanya sampai aku betul betul faham . Selagi aku tak faham , selagi tu aku akan round satu sekolah untuk tanya orang sampai aku jadi faham . Hahaha . Melampau kan . But it works :) Betul la , dengan kawan kawan lebih santai . nak tanya pun senang . And walaupun soalan tu macam senang , aku tanya jugak . Ketepikan dulu rasa malu tu , yang penting FAHAM :)

#2 : BUAT LATIHAN BANYAKBANYAKBANYAK

Lepas je kena brainwash dengan cikgu , hambek kauu....siap dengan homework extra cikgu bagi aku . Hahaha . Bertambah laa kerja hostel aku . Huhuhu . Tak cukup dengan tu , aku buat buku kerja yang topikal . Aku fokuskan topik-topik yang aku still lemah . Buat buku soalan SPM past years.... Macam biasa , kalau tak faham tanya kawan kawan . Kena banyak buat latihan laa... Tu yang PALING PENTING ~!

#3 : MOTIVASI

Motivasi ni amat penting la . Berkat kena panggil dengan cikgu , ditambah lagi dengan perasaan malu sebab markah tak setanding dengan kawan kawan , aku menjadi makin bermotivasi ... membakar-bakar la api semangat dalam diri aku .. hahaha . okay lebih dah tu .. Tapi semangat ni la yang membuatkan aku terus berusaha .. 

#4 : TETAPKAN MUSUH

Bukan itu sahaja , aku targetkan beberapa orang menjadi musuh aku .. Bukan musuh buat bertumbuk tu , tapi musuh untuk aku beat markah addmath diorang .. Hehehe .. 

#5 : TETAPKAN TARGET

Untuk exam , aku akan letak satu target markah .. Aku tulis dalam buku .. Bukan tu je , aku sentiasa tulis luahan perasaan dan kata-kata semangat dalam buku tu .. Jadi setiap kali aku rasa down atau malas , aku akan baca apa yang aku tulis tu . Sedikit sebanyak membantu jugak lah :D

Kesimpulan untuk subjek Addmath ni , Alhamdulillah ... exam awal tahun tu aku dapat B . Tak ingat berapa . Then lepas tu naik sikit jadi 66 . Still B but B+ . Lepas tu naik jadi 77 . Tak silap aku laa....Then at last naik jadi 80 something masa trial . Tak silap 86 . Alhamdulillah...Berkat pertolongan kawan-kawan and hentaman cikgu aku . Hahaha . Perasaan aku sangat gembira dan terharu ... sebab sejujurnya sebelum ni aku selalu menangis sebab rasa diri ni tak pandai addmath .. Susah laa , itu laa ... But then , bila dah faham , rupa-rupanya tak susah pun addmath :) Percayalah .. And addmath became one of my fav subject ^^ .

Sebelum SPM tu , aku study betul-betul laa .. Buat khatamkan past years and fokuskan topik yang belum mahir lagi .. And alhamdulillah i got A+ for SPM :))

subjek yang lain dirahsiakan dulu . hoho


Panjangnya ... tak terkata....baru satu subjek .. Fuhhh ... Hahahaha .. Terlalu banyak yang ingin dikongsi .. Takpetakpe....nantikan tips untuk subjek-subjek seterusnya pada episod yang akan datang :) Taknak sambung terus , nanti jadi berjela-jela panjangnya . Kalah karangan SPM . Ish ish ish ... Ok sekian :))

Thanks for reading :)




0 comments: