BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 6, 2014

KAMCING



Assalamualaikum.

Hai.

Rasa macam dah lama sangat tak update blog.

Entah.

Kadang-kadang tu rasa macam malas nak update. Faktor kekangan idea, ditambah lagi dengan kemalasan tahap dewa  ni, maka terbiarlah blog aku sepi macam ni. Ditemani bunyi-bunyian cengkerik belakang rumah. Disahut dengan suara kucing dan kambing. Silih berganti. Maka lembu pun menguak dan ayam berkokok menandakan masuknya waktu subuh. Haha. Okay mengarut =..= . Rasa macam best pulak cakap merepek macam ni. Hoho.

Tapi kan tapi kann , entah mengapa dalam otak merah jambu aku ni seolah-olah bergema suara-suara sumbang yang menghalang aku daripada terus menekan papan kekunci ni untuk mengemaskini blog aku yang dah berhabuk ni.

Yeah ! dah lama tak cakap mengarut macam ni. Hahaha. Nampak tak tak betulnya kat situ? Rasanya kepala masuk air kot. Ayat dah macam pesakit yang baru terlepas dari Hospital Bahagia . Okay, abaikan . Kita sambung perbincangan kita :)

Hmm….nak cakap pasal apa harini ???

Pasal result SPM aku ??? Hehe. Dah lapuk dah kot nak cerita pasal tu. Lagipun aku tak berapa nak suka share result dengan orang ni. Unless kalau ada orang tanya, baru aku jawab. But Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan result SPM aku :))

Jadi…nak berkongsi ilmu ??? Hahaha. Memang kalau usha balik, blog aku ni agak kurang berilmiah ahh. Tak sesuai dibaca oleh insan-insan berkaliber dan matang. Entah, rasa macam tak matang langsung penulisan aku ni. Hehe. Aku tulis blog ni just for fun. Cuma sesekali ada gak ah perkongsian ilmu. Cuma tak banyak.

So….disebabkan aku belum cukup berwawasan lagi nak menjadikan post-post blog aku ni lebih berilmiah dengan input-input berguna, rasanya lebih baik aku stop kat sini dulu. Ni lah jadinya kalau tak tau nak taip pasal apa. Aku update ni pun sebab kawan baik aku yang suruh update. Hahaha. Hai kawan baik~ kau baca tak post ni ??? Dengar tak apa yang aku cakap ni ? Post ni special sebab kau. Cewahh.

Nak tau tak sape kawan baik aku tu ? Hehe. Tak perlu tau kot. Dia tu hotstuff kot , aku takut ramai je yang nak mengorat dia. Tak pasal-pasal ramai pulaaak pengunjung blog aku nanti. Biarlah aku rahsiakan je identiti dia. Hehehe. Okay, aku tak bagitau nama sebenar, aku just bgtau nama samaran dia je, which is......

 KAMBHING.  ( H ditambah kononnya sebab tak nak samakan dengan binatang )

Dia pulak panggil aku :

KUCHING. Hahaha. Sebab aku suka kucing xD

Sweet tak sweet tak ? Haha . Mengarut je . Tapi sesuai laa panggilan kambhing dengan dia. Sebab dia selalu cakap Lekkk….asyik-asyik Lekkk. Balik-balik Lekkk. Trademark dia. Dah macam Mbekkk je aku dengar. Lol. Apapun , kami buddiez takkan terpisah xD . Sebab Kambhing + Kuching , akan terhasillah perkataan KAMCING :D . Hahaha. Nampak tak permainan dia kat situ ? Terhasil satu formula baru . Yeay ~

HAHAHA . kamcing tak ???


Thanks for reading :))

1 comments:

Anonymous said...

Woot woot... Mushy ader scandal baru.. Ni jeles ni....