BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 18, 2014

CARA CARA UNTUK MELUPAKAN SESEORANG

Assalamualaikum dan hai .

Sebelum tu, nak cakap yang saya sebenarnya tengah dalam proses nak lupakan seseorang... Bukan pakwe, boyfriend, teman lelaki atau yang seangkatan dengannya. Jauh sekali suami. No no no ~ No couple no trouble no doser. Cuma dia tu seseorang yang telah membuatkan diri ini sentap. Bukan sesiapa. Tak perlu tahu. Okay abaikan orang tu. =..=

So, tanpa melengah-lengahkan masa, kita teruskan diskusi kita pada hari ini. Topik yang agak hangat lagi hangit lagi tengik lagi menarik dan tertarik teh tarik ~ Amboi siap berlagu tu .

Dan topik tu ialah…

CARA-CARA UNTUK MELUPAKAN SESEORANG….


Terkejut tak ? terkejut tak ? ( padahal sudah terang lagi bersuluh dinyatakan tajuk tu kat atas )

Saja nak ulang tayang tajuk. Jangan dengki. Tak baik.

Mukadimahnya….pernah tak korang alami sindrom teringat kat orang yang sama ? Masalahnya orang tu dah la tak hensem / cantik , menyakitkan hati pulak tu…Ish ish ish. Cubaan betul..

Saya di sini bukan nak pupuk sifat dendam dalam diri pembaca-pembaca yang comel sekalian…   
( cewahh ramai betul pembaca kononnya ) . Hoho . Tapi kadang-kadang otak kita asyik terfikir kat orang tu .. Tak kisah la siapa .. Dan perkara tu mengganggu kita .. Sebab kita memang tak puas hati dengan orang tu .. So di sinilah perlunya tips-tips untuk melupakan orang tu…Haaa.. Nampak tak relevennya kat situ ?? Melupakan dalam masa yang sama memaafkan .. Chill~ ^^

Harap membantu lerr serba sedikit :)

TIPS #1 – CARI KAWAN

Elakkan laa dok sorang-sorang .. cakap sorang-sorang .. konon feeling laa .. Hehehe .. Cer try cari kawan buat berbual .. Kalau boleh yang happening ah .. Nak cari Musfirah pun boleh , tarak hal . Ehh ? -.-‘ ( Trut trut )

TIPS #2 – CARI MAKAN


Makan .. Fuhh nikmat tu .. lupa segalanya .. Pastikan cari makanan fevret korang .. Sambil tu tengok ahh TV .. Cari channel best-best .. Cuma tips ni tak boleh digunapakai sangat .. Mana boleh makan 24 jam .. Heshh berat tu .. Bertambahlah lapisan fatty acid dan glycerol dalam adipose tissue korang .. Timbul pulak masalah baru .. Tak pasal-pasal kena post tips kuruskan badan pulak kat blog ni .. Hee ..


TIPS #3 – HOBI

Cuba buat selalu perkara yang korang betul-betul suka .. Nak best cari hobi baru .. Praktikkan laa hobi tu . Otak ceria , dia dilupakan .. Tercapai misi .

TIPS #4 – BLOCK ORANG TU


Mungkin kedengaran agak kejam , tapi kalau dah memang tahap kritikal badak tu block je la orang tu kat fb .. Jangan lupa pulak unblock lepas dah selesai masalah .. Ingat tu .. Jangan berdendam .. Tak baik untuk kesihatan dan kecomelan .

TIPS #5 – SAY BYEBYE TU HANDPHONE


Ni kalau kes si dia yang nak dilupakan tu selalu contact korang ahh .. Senang cerita off je phone korang .. Tapi macam mana nak contact orang lain ???

Takleh pakai la tips ni .. Ape daaa

TIPS #6 – BERSOSIAL


Bersosial ??? Jeng3 -.- Bukan bersosial pergi disko yee .. Tapi bersosial dalam konteks bergaul dengan orang sekeliling , tanpa melupakan batas-batas pergaulan .. Pergi hang out dengan kawan-kawan laa…shopping ke…pergi pantai ke…naik bukit ke…panjat gunung ke…terjun bangunan ke….Hahaha .. Jangan3 ..

Atau pun , bersosial kat facebook , twitter etc.. Ralit ahh .. Lupa segalanya .. Jangan lupa perkara fardhu pulak .. Kepada yang belum habis SPM , study rajin-rajin … Tak boleh online banyak sangat .. ( Boo padan muka ~ kita dah habis SPM .. Haha )

#universitimenanti ( lagi payah baii )

TIPS #7 – CARI KERJA


Sibukkan diri anda .. Cari kerja .. cari komitmen .. yang tak habis belajar lagi tu belajarlah rajin-rajin .. Tak perlu pun bebankan fikiran dengan perkara-perkara yang tak penting .. Contohnya couple .. Atau ingat kat sesiapa yang buatkan korang rasa tak puas hati .. Akibatnya sendiri jugak yang merana .


 TIPS #8 - CARI SAHABAT


Kalau tadi cari kawan .. Nak lagi berkesan cari sahabat .. Yang ada time korang susah dan senang .. Yang boleh buatkan korang happy ..

Rindu sahabat aku :(

TIPS #9 - MEMAAFKAN


Manusia memang tak lari dari buat silap .. Maafkan la orang tu .. Teruskan hidup macam biasa .. Tapi kalau orang tu tak buat silap pun ,, tapi kita dok teringat je kat orang tu .. Haaa .. Something wrong tu .. Hehe .. Tu kena tanya doktor cinta lahh . Tapi kalau sama jantina ?? Hahaha mintak dijauhkan =..=

TIPS #10 – TAK PAYAH LA LUPA


Kalau tak berkesan jugak tips-tips kat atas ni .. tak payah la lupakan orang tu .. Buat apa nak lupa .. Kawan jelah macam biasa .. Selalu-selalu tegur .. Then kita akan terbiasa .. Maka takdelah otak terbeban asyik terfikir pasal orang tu ..

Kesimpulannya , janganlah sombong sesama manusia .. Tak comel xP .. Pesanan untuk diri dan kawan-kawan .. Sekian :D



Maaf andai terkasar bahasa -.-‘
Thanks for reading :))






1 comments:

Anonymous said...

mmg terbaik meletop kebaboom la tips ni. leh pakai. thanks 4 sharing. sharing is caring. ^_^